Halaman blog

Selamat Datang Ke Blog RAHSIA HIDUP MANUSIA

"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu
macam pengorbanan"

Isnin, 7 Februari 2011

Kawalan Minda – Suatu Penelitian (Kuasa Muzik)




Jalan yang efektif bagi menjaga diri anda dari kawalan di bawah sedar adalah dengan mengetahui bagaimana ianya berkerja.
Persepsi di bawah sedar adalah suatu proses ,proses yang dibina secara perlahan-lahan oleh juruteknik komunikasi , di mana anda menerima dan bertindak balas terhadap informasi dan tunjuk ajar tanpa anda sedar terhadap tunjuk ajar yang diberikan.
Menakutkan bukan?





Steven Jacobson , seorang penulis Kawalan Minda di Amerika, seorang juruteknik perfileman yang berpengalaman dalam menggunakan teknik bawah sedar  di dalam media komunikasi.
Teknik bawah sedar telah banyak digunakan di radio dan televisyen.
Sedar tidak sedar, penipuan banyak digunakan untuk  membentuk satu situasi yang tanpa disedari menyekat kebebasan seseorang dalam berfikir.
Dalam keadaan yang sama, media telah membina satu suasana atau keadaan di mana rakyat merasa huru hara,ketidaktenangan di dalam diri melalui penggambaran kacau bilau, kekejaman, huru hara dan tindakan yang tidak rasional.
Bermulanya Suatu Penaklukan Minda
Cara yang paling efektif untuk menawan seseorang adalah dengan memikat mindanya.
Kawal minda seseorang dan anda boleh mengawal badannya.
Kebanyakan orang tidak mengambil kisah terhadap perkara yang memberi kesan pada mereka secara tidak sedar.
Mereka kebiasaannya tidak tahu apa yang mereka ingin lihat, tetapi apabila ianya ditunjuk, benda-benda ini akan dikenali dan difahami.
Kemuncak dari pengawalan minda adalah untuk menyebarkan satu cara berfikir secara sedar di dalam minda masyarakat seakan-akan ”mimpi di siang hari”.
Menghentikan manusia berfikir dan minda  mereka akan berada dalam keadaan yang paling baik untuk diatur dan paling mudah untuk dipengaruhi berbanding keadaan yang lain.
Prinsip pertama dalam mengawal minda adalah mengalihkan atau mengganggu perhatian dan fokus minda sedar terhadap salah satu dari lima deria (penglihatan, bunyi , sentuhan, bau dan rasa) bagi mengatur program di dalam minda bawah/separa sedar.
Semua orang tidak berfikir benda yang sama, tetapi semua orang berfikir menggunakan mekanisma yang sama – OTAK.
Salah satu kerja yang otak lakukan adalah berfungsi sepertimana sebuah komputer dan otak di bahagian kiri yang menggunakan bahasa telah dikenal pasti sebagai minda sedar.
Alat bagi minda sedar adalah perkataan ( pertuturan, tulisan dan pandangan) , gambar-gambar dan bunyian.
Minda sedar akan membeza-bezakan, manilai , menerima atau menolak sesuatu.
Kadangkala, jika kamu berfikir lebih mendalam terhadap sesuatu keadaan, lebih banyak yang akan kamu dapat dalam mencari sesuatu jawapan.
Jika ini berlaku,kamu akan membuat keputusan berdasarkan apa yang kamu rasa.
Albert Einstein pernah menyebut ” Aku tidak dapat memahami hukum asas alam ini melalui minda yang rasional. ”
Kekuatan pendirian adalah kekuatan minda separa sedar, dan otak bahagian kanan adalah pusat kretiviti, emosi dan pendirian.
Apa yang minda sedar faham dan percaya, minda separa sedar akan bertindak ke atasnya. Ianya bertindak seperti sebuah komputer.
Inilah hubungan antara keduanya.
Kamu memasukkan data ke dalam komputer dan komputer akan bertindak terhadap apa yang kamu masukkan.
Cuma, jika kamu memasukkan informasi yang salah, komputer tetap akan bertindak ke atasnya.
Dan jika kamu memberikan informasi yang salah atau orang lain memberikan informasi yang salah , minda separa sedar tempat menyimpan data tidak akan membetulkannya bahkan akan bertindak terhadapnya!
Jika kamu menghentikan minda sedar kamu dari berfikir dan membiarkannya kosong, maka minda akan berada di dalam keadaan yang paling bagus untuk dipengaruhi.
Keadaan minda yang sebegini dimana kamu akan berada dalam keadaan paling cepat untuk diaturkan. Keadaan minda ini seperti mimpi di siang hari.
Ingat, prinsip pertama dalam mengawal minda adalah mengalihkan tumpuan oleh minda sedar terhadap salah satu deria atau lebih untuk mengatur minda separa sedar.
Prinsip yang sama digunakan dalam ilusi, silap mata, dan propaganda.
Prinsip kedua dalam mengatur minda adalah PENGULANGAN.
Apabila seseorang memahami bagaimana akalnya berfungsi, maka mereka boleh memahami mengapakah Allah selalu mengulang-ulang ayat di dalam alquran tetapi melalui intonasi yang berbeza dan ada keadaan dimana disuruh diulang-ulang sesuatu ayat seperti alfatihah di dalam solat.
Dua konsep ini Allah telah gunakan untuk membentuk jiwa seorang hamba melalui agamanya.
Lihatlah pengulangan yang dilakukan terhadap alfatihah, Allah ingin membentuk jiwa manusia terhadap pengabdian diri dan penyerahan diri manusia semata-mata kepada Allah melalui pengulangan ayat ini satu hari 17 kali, setiap hari setiap waktu dan setiap rakaat.
Begitu juga , apabila kita faham bagaimana minda separa sedar berfungsi, kita akan memahami mengapakah kita disaran untuk membacakan , mengucapkan perkara-perkara yang baik, mendoakan di telinga anak yang sedang tidur, isteri yang tidur.
Bisikan yang tidak mengganggu tidur mereka, bisikan yang cukup seperti dua orang yang berbisik.
Walaupun mata mereka tertutup, bibir mereka terkunci, tetapi telinga mereka masih mendengar walaupun mereka dalam keadaan tidur. Hanya minda separa sedar yang banyak mendomiansi  ketika ini.
Sesuatu yang berbahaya jika kita berkata-kata sesuatu yang tidak baik atau memasang sesuatu yang tidak sepatutnya kerana minda separa sedar tetap berfungsi walaupun minda sedar tidak berjalan. Dan minda separa sedar mempunyai kesan yang sangat tinggi terhadap tindak balas seseorang.
Minda separa sedar akan bertindak sepenuhnya terhadap apa yang diberikan.
Mudah untuk kita membentuk keluarga apabila kita faham sepenuhnya apa yang disyariatkan kepada kita.
Jika anda memahami perkara ini, bahaya bagi kalian mendengar lagu-lagu yang tidak tentu arah ketika anda sedang membaca!!

Ini kerana penumpuan sepenuh anda adalah terhadap buku, maka lagu-lagu tersebut yang dipasang akan terus ditanam didalam minda separa sedar kalian. Berhati-hati dengan perkara ini !!
Jika kalian memahami perkara ini, kalian boleh secara sedar mengawal minda kalian .
Membaca, sambil membuka lagu-lagu tentang kebesaran Tuhan.
Membaca sambil memasang ayat-ayat Quran.
Tidur sambil memasang bacaan alquran.
Minda sedar kalian tertumpu terhadap buku, dan minda separa sedar akan bertindak terhadap apa yang yang kalian tidak mengambil kisah sangat.

Kalian boleh mengawal jiwa , hati dan akal kalian dalam bertindak jika memahami bagaimana otak berfungsi. !!
Berbalik kepada poin kita, pengalihan tumpuan dan pengulangan melambangkan proses pembelajaran.
Bayangkan diri anda seda belajar di sekolah. Kamu sedang membaca buku.
Mata kamu fokus terhadap muka surat buku.  Perkataan-perkataan di dalam halaman buku itu secara sedar ditumpukan oleh mata kamu.
Informasi yang kamu baca itu diaturkan secara terus kepada minda separa sedar.
Kamu tidak akan analisis dengan cara terbaik melainkan setelah kamu melihat sesuatu yang lain dari muka surat tersebut dan fikirkan terhadap apa yang kamu baca tadi.
Dari sinilah kamu akan punyai peluang untuk menyemak,menafsir , menganalisis segala informasi yang dibaca dan menerimanya sebagai benar atau menolaknya sebagai salah atau sesat.
Jika kalian menrimanya sebagai benar, maka ianya akan di atur sedemikian ke atas minda separa sedar.
Jika kamu menolaknya sebagai sesat, maka ianya diatur juga ke dalam minda separa sedar.
Bagaimanapun, jika informasi yang diberikan itu kamu tidak tahu ianya benar atau salah, akan timbul perasaan ingin tahu atau berbolak balik di dalam diri.
Kepercayaan anda terhadap sumber informasi akan menentukan sama ada kamu menerima atau tidak maklumat yang diberikan.
Jika kamu tidak percaya bahawa buku itu mungkin punyai maklumat yang salah , maka kamu akan menerima maklumat tersebut  sebagai benar walaupun kamu masih tidak pasti atau tidak faham.
Ini menjadi benar di sekolah dimana adanya tekanan untuk menerima apa yang diberitahu sebagai benar kerana itulah yang diharapkan atau dijangkakan dan itu menentukan tahap kamu dan masa depan kamu.
Pengulangan informasi akan menanamnya kedalam minda separa sedar maka, penerimaan kamu  terhadap kebenarannya menjadi satu keadaan yang disahut.
Kamu menerima maklumat tersebut sebagai benar tanpa berfikir bila sahaja ianya didedahkan kembali kepada kamu.
Fikirkan kembali suatu masa di mana kamu menjadi sedih dari muzik yang kamu dengar.
Ianya membuatkan air mata kamu mengalir (jika ada) dan kamu ada rasa di bahagian perut kamu satu perubahan dalam ketegangan otot-otot kamu.
Kuasa atau kekuatan muzik telah diakui sepanjang zaman.
Plato dan Aristotle  percaya bahawa manusia boleh dikawal melalui muzik.
Ianya memberi kesan terhadap badan , minda dan perasaan kamu.
Bunyi menyebabkan perubahan terhadap komposisi kimia badan , tekanan darah, dan proses pencernaan dan penghadaman.
Bunyi yang tidak dapat didengar oleh kamu juga bertindak terhadap badan kamu.
Bunyi infrasonic berfrekuensi rendah akan memberi kesan terhadap organ dalaman kamu dan menyebabkan sakit kepala, rasa loya dan mual, kepeningan, pitam, dan lemah.
Muzik (rentak) yang cepat atau laju akan merangsang sistem saraf manakala rentak yang lambat akan mengurangkan rangsangan padanya.
Tubuh badan kalian sangat sensitif terhadap bunyi.
Bunyi menyebabkan getaran pada bahagian yang berbeza pada badan.
Nada yang rendah akan menggetarkan bahagian bawah badan dan nada yang tinggi akan menggetarkan bahagian atas terutama kepala.
Seorang bintang rock Jimi Hendrix pernah berkata ” Kamu boleh memukau manusia dengan muzik, dan kamu boleh menjadikan mereka berada dalam keadaan paling lemah dimana kamu boleh mengesyorkan sesuatu ke dalam minda separa minda mereka apa sahaja yang kamu mahu katakan . ”
Kebanyakan lagu rock yang popular pada hari ini banyak dibuat menggunakan heavy bass , lebih kuat dari melodi yang didendangkan.
Bunyi yang kuat, getaran frekuensi yang rendah ini akan memberi kesan terhadap kelenjar pituitari anda.
Kelenjar pituitari menghasilkan hormon yang mengawal tindak balas sex lelaki dan wanita.
Kerana itu, kamu akan dapati bahawa setiap kali ada konsert , habis sahaja persembahan,kebanyakannya  kamu akan melihat gelimpangan kondom-kondom bersepah di sana sini.
Getaran frekuensi yang rendah ini akan menggetarkan bahagian bawah badan , dan ini akan menyebabkan muzik tersebut ”dirasakan” bagus.
Sesuatu yang perlu diambil perhatian adalah secara sedarnya, kebanyakannya lirik-lirik lagu rock tidak berapa jelas apa yang dituturkan.
Maka , di sini ingat kembali bahawa  minda separa sedar mendengar semuanya walau kamu tidak faham / dengar apa yang diucapkan.
Pengulangan mesej atau berita adalah cara mengatur  cara berfikir.
Kajian mendapati  bahawa pengulangan terhadap apa yang didengari sama ada ianya dapat ditangkap atau tidak, menghasilkan suatu penerimaan bahkan sehingga menyukainya.
Jika kamu tidak mendengar mesej secara terang dan jelas, kamu tidak dapat membuat pilihan secara sedar sama ada menerimanya atau menolaknya.
Bila kamu tidak dapat membuat pilihan atau pilihan tersebut sudah ditarik dari kamu, maka mesej yang diberikan akan diatur secara terus ke dalam minda separa sedar tanpa kamu menyedarinya, maka ianya akan membuatkan anda hilang proses menganalisis dan membuat pilihan terhadap mesej yang yang ingin disampaikan.
Masa akan membicarakan tentang kesan langsung semua pengaturan ini.
Kesan ini boleh dilihat sama ada pada fizikal, psikologi, dan emosi/perasaan.
Kebanyakan orang tidak mengambil peduli terhadap perkara yang memberi kesan pada mereka secara tidak sedar kerana mereka tidak tahu apa yang perlu ditekankan atau dilihat pada sesuatu maklumat itu.
Bagaimanapun, apabila perkara ini diberitakan, maka ianya akan didisedari dan difahami.
Kajian juga sudah sedia mendapati bahawa minda separa sedar boleh membaca imej di cermin, mahupun imej terbalik atas ke bawah.
Ini juga diaplikasi terhadap perkataan yang disebut atau dilagukan secara terbalik. Fenomena ini disebut ”backward masking”.
Ada digunakan untuk merangsang sesuatu di dalam tubuh anda, sama ada kehendak membeli sesuatu, mendapatkan sesuatu atau apa sahaja.
Kumpulan The Beatles mula menggunakan kaedah pengunduran ini di dalam album White mereka dengan lagu ” Revolution Number Nine” .
Lagu tersebut secara jelas mengulangi perkataan ”number nine,number nine ” . Apabila ianya diputarkan secara undur,  ianya menjadi ”turn me on, dead man”.
Dua ribu tahun dahulu, Plato menuntut penapisan yang ketat terhadap muzik yang popular di dalam republiknya.
Nazi di Jerman, kerajaan menggunakan muzik untuk membina satu keadaan minda di dalam minda rakyatnya.
Kerajaan Soviet Union suatu ketika dahulu menentukan jenis apakah muzik yang boleh dimainkan dan diperdengarkan kepada umum.
Jika muzik adalah satu alat yang besar dan mempunyai kekuatan untuk mengawal di dalam kerajaan soviet Union dahulu, maka jalan yang sama juga digunakan seluruh pelusuk dunia.
Ingat, Ayatullah Khomeini , pemimpin utama Iran suatu ketika dahulu, memberikan situasi yang ketat terhadap siaran muzik secara meluas sebagai salah satu cara membina negara. Dan kini kita dapat melihat situasi di Iran sendiri (lihat apa yang baik).
Maka apabila kita sudah sedar betapa berkuasanya kekuatan muzik dan bunyi-bunyian, perlulah dengan sendiri memilih muzik apakah yang ingin didengari , mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam perangkap samar musuh.


Rabu, 26 Januari 2011

CERITA BENAR - AZAB ANAK DERHAKA HADAPI SAKARATUL MAUT


- OLEH USTAZ NAHRAWI MARZOKI
Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya.
Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan 
   sakit yang ditanggungnya tidak = mampu ditanggung 
   lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di 
   sisi = katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang 
   menangis tersedu-sedu. Jelas = mereka panik dan tidak 
   tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal 
   menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat 
   sembuh. Di katil = pula, Jalal meraung dan meronta 
   sambil tangan dan kakinya terikat kemas di = katil. 
   
 "Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya 
   dah tak tahu apa = nak buat. Dah seminggu lebih adik 
   saya macam ni," kata salah seorang abang kepada Jalal 
   sebaik melihat saya sampai. 
   
   Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon 
   meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan 
   penyakit adik bongsu mereka itu. 
   
 "Apa sakitnya ni?" tanya saya. "Entahlah ustaz, doktor 
   pun tak tau." 
   
   Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal 
   menjerit kesakitan. = Kali ini jeritannya cukup jelas 
   di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan = dan 
   menyedihkan. 
   
 "Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, 
   sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya." 
   Berserta raungan yang dilepaskan = sekuat hati, tubuh 
   Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang 
   = marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak 
   akibat azab yang amat = pedih. Semua yang ada di wad 
   berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu 
   menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang 
   menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula 
   kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya? 
   
 "Panggil ibunya segera," kata saya. 
   
   Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga 
   Jalal cuma = terdiam, menundukkan muka atau 
   berpandangan sesama sendiri. 
   
 "Kenapa ni?" tanya saya. 
   
   Dengan perlahan abang Jalal bersuara, "Ustaz, ibu kami 
   baru sahaja = meninggal dunia dua minggu lepas." 
   
 "Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin 
   Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, 
   sebab itulah dia menanggung azab yang = begini rupa. 
   Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat 
   membantu," = kata saya berterus terang. 
   
   Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal 
   semakin kuat. Saya = semakin ingin mengetahui puncanya 
   kerana dengan latar belakang itu insya-Allah = saya 
   boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan 
   kesakitan Jalal. 
   
 "Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah 
   berlaku." 
   
 "Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada 
   arwah ibu kami," = jawab salah seorang daripada 
   mereka. 
   
   Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal 
   menceritakan kepada = saya kisah yang sebenarnya, 
   kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal 
   adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat 
   perempuan = dua lelaki dan di kalangan mereka, 
   Jalallah yang mempunyai kelulusan yang = lebih tinggi. 
   Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan 
   seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan 
   dan menyanggah kata-kata = ibunya. Nasihat dan teguran 
   ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. 
   Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya. Walaupun 
   berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan 
   wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. 
   Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. 
   Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan 
   jawatannya di sebuah = syarikat swasta. Hasratnya 
   adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di = 
   syarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak 
   berubah, malah menjadi semakin parah. Walau di 
   syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan 
   menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia 
   meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula 
   meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas 
   sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih 
   tidak = mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula 
   kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi 
   menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya 
   = supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada 
   bank. Tanah seluas 12 ekar = itu ditinggalkan oleh 
   bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum = 
   itu. 
   
 "Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi 
   RM500,000. Saya nak = duit tu buat berniaga," katanya 
   kasar. 
   
 "Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik 
   kamu," jawab si = ibu. 
   
 "Ahhh, saya tak kira." 
   
 "Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti 
   bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar 
   hutang," jawab ibunya. 
   
   Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal 
   tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada 
   bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih 
   bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau 
   dengan = apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang 
   ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di 
   situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan = berakhir 
   dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika 
   kemarahannya sampai = kemuncak, Jalal menolak ibunya 
   sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya = terhantuk 
   di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu sedang 
   ibunya terjelopok di = lantai, rebah tidak sedarkan 
   diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara = 
   Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya. 
   Akibat pendarahan otak = yang serius, ibunya meninggal 
   dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal. 
   Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu 
   selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital 
   kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang 
   membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit = 
   yang dihadapinya. Jalal sebaliknya meraung, menjerit, 
   meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya 
   itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana 
   tidak sanggup menanggung azab yang pedih. 
   Berterusanlah = keadaannya selama beberapa hari hingga 
   saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat 
   tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di 
   katil = dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk 
   menidurkannya. 
   
 "Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain," kata 
   saya. 
   
   Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan 
   surah Yassin = untuknya. Namun apabila dibacakan saja 
   ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya 
   menggeletik dan menggelepar kesakitan. 
   
 "Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan 
   bawa saya ke situ = emak, panas. Jangan bawa saya ke 
   situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah = saya 
   emak, ampunkan saya, saya bersalah." 
   
   Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang 
   dimaksudkannya dengan = 'ke situ'? Kenapa Jalal tidak 
   mahu dibawa 'ke situ' dan apa yang dilihatnya = di 
   situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal 
   terpaksa dibogelkan. = Tangan dan kakinya terus diikat 
   ke katil. Selepas puas mencuba tapi keadaan = Jalal 
   masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. 
   Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, "Jika 
   Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah 
   nyawanya masih panjang. Kalau tidak..." Ketika itu 
   lebih = kurang pukul 10 pagi. 
   
Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, 
   telefon bimbit saya berdering. 
   
 "Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak," kata si 
   abang. 
   
   Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, 
   saya lihat Jalal = begitu tenat. Nyawanya seperti 
   sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas 
   sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya 
   bacakan Surah al-Asr, = Surah al-Falaq, Surah an-Naas 
   serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal = berhenti 
   meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika. 
   Masing-masing = beristighfar dan membaca ayat-ayat 
   suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka. 
   Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh 
   jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang 
   menahan kesakitan, mata terjegil = seperti hendak 
   terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga 
   najisnya = terpancut keluar. Bertabur membasahi 
   seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. = Maha suci 
   Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat 
   menghenyak = perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, 
   najis, organ-organ dan segala-galanya = yang ada di 
   dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. Di 
   bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut 
   keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di 
   bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur 
   memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian 
   dan katil basah = dengan air mata, peluh serta 
   najisnya. Selepas 'rentapan' itu, Jalal tidak = 
   bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia 
   pergi menghadap Allah SWT = untuk menerima balasan 
   amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka. 
   
   Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara 
   keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama 
   sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak 
   sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah = 
   sakaratulmaut datang menjemput Jalal. Seperti yang 
   dijelaskan di dalam al-quran dan = hadis, ia datang 
   dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal 
   tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun 
   saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi 
   saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan 
   sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati 
   saya. Kesengsaraan = yang ditanggung oleh Jalal sudah 
   berakhir, namun mayatnya meninggalkan = keaiban yang 
   amat sangat. Matanya terbonjol seperti hendak 
   terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut 
   wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja 
   menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya 
   cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak 
   mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang 
   tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata = 
   putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan 
   Allahyarham dileraikan = dan tangannya dikiamkan. Kaki 
   Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya 
   menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh 
   dirapatkan kerana = duburnya terpancut keluar dan 
   membonjol di celah kelengkangnya. Saya menenangkan 
   mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah 
   terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, 
   jenazah dibawa turun kerana keluarganya = mahu 
   menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah 
   sebuah taman = perumahan di sebuah negeri di pantai 
   barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum 
   berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham 
   keluar dari = perkarangan hospital, tiba-tiba 
   keempat-empat shock absorbernya patah secara = 
   serentak. Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang 
   badannya sederhana sahaja, = dua orang abang dan 
   kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah 
   = shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil 
   kami. Maha suci Allah, = Tuhan yang Maha Besar, 
   apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami 
   rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh 
   kira-kira 15 orang. Selesai masalah itu, satu lagi 
   masalah timbul - tidak ada van atau = kereta yang 
   berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan 
   sebuah lori = kosong yang mengangkat tanah, pasir 
   ataupun kelapa sawit lalu di tempat = kejadian. Dengan 
   lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya. Apa 
   yang = membingungkan kami ialah walaupun mayat 
   berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak 
   pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham 
   sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya 
   dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan = 
   
   di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada 
   saya bahawa tanah = yang ditambun ke atas kuburnya 
   tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham 
   berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke 
   = atasnya. 
   
   Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon 
   daripada keluarga Allahyarham. 
   
 "Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan 
   daripada ustaz." 
   
 "Apa masalahnya itu?" tanya saya. 
   
 "Kubur adik saya berlubang ustaz." 
   
   Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah 
   tunjukkan kepada anak = yang derhaka kepada ibunya. 
   Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu 
   disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. 
   Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur 
   hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang 
   lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka 
   mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya 
   kubur tersebut berlubang semula. 
   
 "Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan 
   ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang 
   lagi," kata saya. 
   
   Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham 
   menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan 
   berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di 
   kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, = masih 
   tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu 
   dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang 
   ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan 
   pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. 
   Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham. 
   
 "Begini sajalah," kata saya. "Mulai malam ini buatlah 
   majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap 
   seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila 
   selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya 
   diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam 
   bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali." 
   
   Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan 
   mereka mengadakan = majlis itu. Namun saya diberitahu, 
   imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan. 
   Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan 
   tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku 
   empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata 
   saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap 
   kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan 
   kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita 
   berhari raya. Sungguh menyentuh = hati saya, ketika 
   orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah = 
   keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal 
   dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir 
   hayatnya. 
   
   Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan 
   Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita 
   dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. 
   Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah.