Halaman blog

Selamat Datang Ke Blog RAHSIA HIDUP MANUSIA

"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu
macam pengorbanan"

Ahad, 3 November 2013

langkah ini

senandung kasih tiada cahaya
gemerlapan sang bintang nun jauh sana
sesekali menyinari maya
membuatkn hati terkadang ceria...

selautan kasih asmara brkocak riang
senyuman langit sebiru hati ini
melingkar segenap ruang hati
lalu kutadahkan tangan
mensyukuri nikmat yang diberi olehNya...

aku tahu itu semua pinjaman...
kutahu itu semua ujian...
namun kupasti ada hikmah nya..
namun kupasti ada sesuatu yang terlindung disebaliknya...

kerana itu setiap langkahku
ku amati satu persatu
kerana aku takut
jika tersalah penyesalan melanda diriku...

Aku...

assalamualaikummm....haiii...haluuu.....
kepada semua kawan2 yg sudi singgah dalam blog sy...trma kasihh daun keladi....
saya suka tulis ape2 bnde yg baru dlm blog sy...tp sy hrp dapat berkongsi dgn korg smua..sy sje je buat blog ni...nk melepaskan kbosanan yg melanda diri ini...hurmmm....korg klu time2 bosan mesti ade buat ssuatu utk mghlgkn ktensionan kn...kite kn mnusia biase...smua sme...cuma hati je yg lain2...ye tak...bk kate pptah "rambut sama hitam..tapi hati lain2"...apa pon..SELAmAT  DaTANg ke bLog sy yg xsbrpa ni...sila beri tunjuk ajar yee...sy budak baru blajar...klu slh tlg tnjukkan..lalalla...hehe....sila komen yee..:)

Ahad, 23 Jun 2013

7 Tip RedAkan AmaraHmU



kata-kata inilah yang menjadi "penyejuk" untuk orang yang sedang marah. tetapi, kenalah tengok situasi si pemarah terlebih dahulu..tak kanlah time2 mood org tu panas giler korg nasihat kat sane plak yee tak.. Bimbang gak kmrahnya itu makin meletup dan tidak semena-mena anda kena "buku Lima"..:D
disini sy nak kongsikan beberapa tip untuk mrk yang suka sgt mrh2..


CARILAH RUANG 

  • ketika anda merasa kecewa dan ingin meluahkan kemarahn yang terbuku, pergilah ke luar. cari udara segar atau tempat yg tenang untuk mengelakkan drpd bertembung dengan orang yang terlibat dalam permasalahn itu.
KOMUNIKASI
  • ekspresikan kemarahan anda dengan cara yang jelas dan tegas tetapi jangan terlalu agresif. terangkan alasan yang membuatkan anda marah dan apa yang anda inginkan. jika susah jgk carilah teman yang boleh anda percayai untuk diluahkan atau luahkan je perasaan anda dalam diari..ok tak?  :)
SENAMAN
  • melakukan aktiviti fizikal dapat membantu melepaskan tekanan dan mengembalikan tenaga. spt, aerobik..(kan skg dah byk step aerobik terkini yg lebih enj0y..jd xde mslah kan)
TARIK NAFAS

KAUNSELING
  • anda perlu meminta bantuan daripada pihak luar untuk menangani emosi yang mungkin sukar diatasi. berbicaralah dgn seseorang yg profesional utk membntu anda mengawal emosi dgn lebih baik.
BERUBAH YANG LEBIH BAIK
  • perasaan amarahmu boleh membuatkan kita berfikir negatif pada diri sendiri. ubahlah cara berfikir dan gantikan dengan kata-kata semangat..(anda pasti boleh!;))  
HIBURAN
  • bukan bermakna anda perlu ketempat-tempat hiburan semata-mata utk melepaskan ketegangan yg dialami. sebaliknaya, berjumpalah dgn kwn yg boleh menghilangkan rasa marah itu..
**bErubahLah..aNda paSti b0Leh mErubahnYa**(sem0ga bErjaya!!..:D)
***SENYUMLAH SELALU***=)

Isnin, 4 Mac 2013

(',) ciRi-ciRi waNita s0LehaH (",)


Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
Faktor Yang Merendahkan Martabat Wanita
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah.
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:.
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: ertinya:
" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan; seindah-indah perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah..:)

AnDai kaU tahU..waNita itU saNgat indaH..



Aduhai wanita... sungguh mahal dirimu di mata lelaki, tetapi mengapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu sungguh agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi Penciptamu. Namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan dirimu sendiri.

Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkahmu. Halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi 
halusnya tuturmu.

Duhai wanita... Sebenarnya maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah-bongkah batu yang besar. Kau menepis dengan penuh sabar setiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi-tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onak duri. Percayalah wanita, akan ada bahagia di akhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.

Wanita ku... Terima sahaja cemuhan dan makian yang muncul bederu -deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir-bibir sumbing yang ingin melihat mu tersungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.

Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu di setiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak-katikkan imanmu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata-mata. Jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong.
Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu, atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan Sang Jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita, andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, percayalah syurga itu sentiasa menantimu.

Bulatnya iman dan taqwa Sumaiyah ketika dihunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat imanmu harus kepada Penciptamu. Peganglah kata kata ini, "Kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".

Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuanmu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku. Biar kebijaksanaanmu terpampang oleh tingginya ilmumu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya Masyitah pada Tuhannya, agungnya kasihKhadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi-srikandi agama terdahulu.

Jadikan agamamu sebagai tunjang yang memperkasakan akidahmu.Biar kesabaranmu menjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan imanmu dengan sejuta lapis sifat mahmudah. Jadilah kita wanita paling bahagia..

kaWan aTau LawaN????


Sahabat

Sahabat...
Ada dalam suka dan duka
Saat tertawa ataupun menangis
Saat terdiam ataupun marah

Sahabat...
Kau warnai hidupku
Kau berikan rasa dalam hatiku
Bahkan kau sinari aku dengan kasihmu 

Sahabat...
Canda tawamu menghiasi sanubariku
Bayangan dirimu selalu terbawa sampai tidurku
Beruntungnya diriku memilikimu

Sahabat...
Kukirimkan tanda kasih ini
Sebagai pengikat tali persaudaraan kita
Yang tak akan pernah terputus
Sampai kapan pun jua

Namun...sahabat..
kau telah mengkhianati persahabatan kita
aku telah menganggap dirimu teman
menganggap dirimu sebahagian dari hidupku
kerana CINTA aku kau LUPAKAN..
kerana CINTA aku kau TINGGALKAN..
kerana CINTA aku kau BENCI..

sahabat...
aku kesedihan aku kesunyian
kau tuduh aku dengan bermacam-macam
melemparkan pelbagai tomahan
tahukah engkau betapa sakitnya aku
kau lebih mempercayai orang yang baru kau kenali
daripada sahabatmu yang kau kenal bertahun-tahun..

aku tidak menyangka kau seperti ini..
namun aku tidak akan pernah membencimu
walaupun kau sangat membenci diriku ini..
hanya senyuman yang dapat ku berikan..
saat kau tidak ingin mendengar sebarang penjelasan dariku...:)

Terima kasih sahabat
Doaku selalu mengiringi langkah kita
Berjalan bersama indahnya waktu
Membentuk mutiara persahabatan..
p/s: sahabatku engkaulah insan yg terbaik pernah ku temui..
       terima kasih kerana mengajar aku erti KESABARAN:)


Ahad, 13 Mei 2012

TersenyumLah=)

Tertawa sewajarnya ubat kecemasan dan pelipur kesedihan. Dalam senyuman terdapat KEKUATAN yang MENAKJUBKAN dalam membuat jiwa bergembira dan menyenangkan hati. Bahkan, kerana itu Abu Darda' r.a sempat berkata: "Sesungguhnya aku akan tertawa untuk membahagiakan hatiku." Dan Rasulullah sendiri sesekali tertawa hingga tampak gerahamnya. Begitulah tertawanya orang-orang yang berakal dan cerdas yang membawa akibat positif bagi jiwa dan penawar bagi hati yang resah.
    Tertawa adalah merupakan kegembiraan, keceriaan, dan keriangan asalkan yang demikian itu adalah tertawa yang tidak berlebihan dan tidak dimaksudkan dengan mengejek atau mencemuh orang lain.
sebagaimana dikatakan dalam pepatah:

"janganlah terlalu banyak tertawa, kerana terlalu banyak tertawa akan mematikan hati" 

"senyummu kala bertemu saudaramu bernilai sedekah"

  Orang Arab suka memuji orang yang murah dengan senyuman dan selalu tampak ceria. Menurut mereka, perangai demikian itu merupakan petanda kelapangan dada, kedermawan, kemurahan hati, kemuliaan hati, kemuliaan dan kesejukan hati.

Tertawa renyah
terasa menyenangkan lagi dermawan
jika ditunjukkan kepada peminta.. 

Dalam kitab Harim, Zuhair bersyair:

Kau akan melihat sendiri keceriaan wajahnya
jika kau bertemu dengannya..
seolah kau memberikan kepadanya sesuatu
yang kau sendiri memerlukanya...:)


  Pada dasarnya, islam sendiri dibangunkan atas dasar keseimbangan dan keadilan, baik dalam hal akidah, ibadah, akhlak, mahupun tingkah laku. Oleh kerana itu, islam tidak mengenal kemuraman yang menakutkan orang yang melihatnya, dan ketawa yang terbahak-bahak. Akan tetapi sebaliknya, islam sentiasa mengajar supaya menampilkan wajah yang tenang, selalu berseri dan enak dipandang sehingga menyenangkan orang memandang.

  Muram yang durja dan muka yang masam adalah cerminan dari jiwa yang kacau tidak keruan, fikiran yang berkecamuk dan perangai yang buruk:

seorang penyair mengatakan:

Wajah mereka hitam legam penuh kemurungan
seolah wajah orang
yang dipaksa masuk ke dalam neraka..
Mereka itu tidak seperti orang ramah
yang pernah kau jumpai..
Pancaran raut wajahnya laksana bintang
yang mengiringi setiap perjalanan..


sabda Rasulullah s.a.w:
  "Meski pun sekadar menampakkan wajah ceria saat kau bertemu saudaramu"


**senyumlah selalu agar semua yang kita lakukan menjadi lebih indah dan bermakna**


Sabtu, 17 Mac 2012

Puisi..cerita hidupku..

pernah hati ini terluka,
hati kian musnah dimamah derita dunia,
hanya air mata mengiringi diri tanpa cerita,
sepi makin memuncak sebak didada...

alam tersenyum pada diri ini,
tika hati menangis sendu,
hanya kehijauan maya menjadi pengubat hati,
mungkin cukup untuk seketika cuma..

tiada kata terungkap pada bibir,
luka yang dihiris semakin pedih,
tiada yang mengetahui,
tiada yang mengerti,..
hidupku sepi tanpa kasih..
biarlah..setia menanti kasih terpatri..
ukiran senyuman pada sang bayu yang setia menemani....



tiada upaya untuk terus bersuara,
hanya nada iringan doa,
titisan air yang jernih jatuh tida rasa,
membasahi maya tanpa realiti..