Halaman blog

Selamat Datang Ke Blog RAHSIA HIDUP MANUSIA

"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu
macam pengorbanan"

Isnin, 4 Mac 2013

AnDai kaU tahU..waNita itU saNgat indaH..



Aduhai wanita... sungguh mahal dirimu di mata lelaki, tetapi mengapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu sungguh agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi Penciptamu. Namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan dirimu sendiri.

Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkahmu. Halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi 
halusnya tuturmu.

Duhai wanita... Sebenarnya maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah-bongkah batu yang besar. Kau menepis dengan penuh sabar setiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi-tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onak duri. Percayalah wanita, akan ada bahagia di akhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.

Wanita ku... Terima sahaja cemuhan dan makian yang muncul bederu -deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir-bibir sumbing yang ingin melihat mu tersungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.

Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu di setiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak-katikkan imanmu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata-mata. Jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong.
Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu, atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan Sang Jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita, andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, percayalah syurga itu sentiasa menantimu.

Bulatnya iman dan taqwa Sumaiyah ketika dihunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat imanmu harus kepada Penciptamu. Peganglah kata kata ini, "Kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".

Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuanmu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku. Biar kebijaksanaanmu terpampang oleh tingginya ilmumu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya Masyitah pada Tuhannya, agungnya kasihKhadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi-srikandi agama terdahulu.

Jadikan agamamu sebagai tunjang yang memperkasakan akidahmu.Biar kesabaranmu menjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan imanmu dengan sejuta lapis sifat mahmudah. Jadilah kita wanita paling bahagia..

kaWan aTau LawaN????


Sahabat

Sahabat...
Ada dalam suka dan duka
Saat tertawa ataupun menangis
Saat terdiam ataupun marah

Sahabat...
Kau warnai hidupku
Kau berikan rasa dalam hatiku
Bahkan kau sinari aku dengan kasihmu 

Sahabat...
Canda tawamu menghiasi sanubariku
Bayangan dirimu selalu terbawa sampai tidurku
Beruntungnya diriku memilikimu

Sahabat...
Kukirimkan tanda kasih ini
Sebagai pengikat tali persaudaraan kita
Yang tak akan pernah terputus
Sampai kapan pun jua

Namun...sahabat..
kau telah mengkhianati persahabatan kita
aku telah menganggap dirimu teman
menganggap dirimu sebahagian dari hidupku
kerana CINTA aku kau LUPAKAN..
kerana CINTA aku kau TINGGALKAN..
kerana CINTA aku kau BENCI..

sahabat...
aku kesedihan aku kesunyian
kau tuduh aku dengan bermacam-macam
melemparkan pelbagai tomahan
tahukah engkau betapa sakitnya aku
kau lebih mempercayai orang yang baru kau kenali
daripada sahabatmu yang kau kenal bertahun-tahun..

aku tidak menyangka kau seperti ini..
namun aku tidak akan pernah membencimu
walaupun kau sangat membenci diriku ini..
hanya senyuman yang dapat ku berikan..
saat kau tidak ingin mendengar sebarang penjelasan dariku...:)

Terima kasih sahabat
Doaku selalu mengiringi langkah kita
Berjalan bersama indahnya waktu
Membentuk mutiara persahabatan..
p/s: sahabatku engkaulah insan yg terbaik pernah ku temui..
       terima kasih kerana mengajar aku erti KESABARAN:)


Ahad, 13 Mei 2012

TersenyumLah=)

Tertawa sewajarnya ubat kecemasan dan pelipur kesedihan. Dalam senyuman terdapat KEKUATAN yang MENAKJUBKAN dalam membuat jiwa bergembira dan menyenangkan hati. Bahkan, kerana itu Abu Darda' r.a sempat berkata: "Sesungguhnya aku akan tertawa untuk membahagiakan hatiku." Dan Rasulullah sendiri sesekali tertawa hingga tampak gerahamnya. Begitulah tertawanya orang-orang yang berakal dan cerdas yang membawa akibat positif bagi jiwa dan penawar bagi hati yang resah.
    Tertawa adalah merupakan kegembiraan, keceriaan, dan keriangan asalkan yang demikian itu adalah tertawa yang tidak berlebihan dan tidak dimaksudkan dengan mengejek atau mencemuh orang lain.
sebagaimana dikatakan dalam pepatah:

"janganlah terlalu banyak tertawa, kerana terlalu banyak tertawa akan mematikan hati" 

"senyummu kala bertemu saudaramu bernilai sedekah"

  Orang Arab suka memuji orang yang murah dengan senyuman dan selalu tampak ceria. Menurut mereka, perangai demikian itu merupakan petanda kelapangan dada, kedermawan, kemurahan hati, kemuliaan hati, kemuliaan dan kesejukan hati.

Tertawa renyah
terasa menyenangkan lagi dermawan
jika ditunjukkan kepada peminta.. 

Dalam kitab Harim, Zuhair bersyair:

Kau akan melihat sendiri keceriaan wajahnya
jika kau bertemu dengannya..
seolah kau memberikan kepadanya sesuatu
yang kau sendiri memerlukanya...:)


  Pada dasarnya, islam sendiri dibangunkan atas dasar keseimbangan dan keadilan, baik dalam hal akidah, ibadah, akhlak, mahupun tingkah laku. Oleh kerana itu, islam tidak mengenal kemuraman yang menakutkan orang yang melihatnya, dan ketawa yang terbahak-bahak. Akan tetapi sebaliknya, islam sentiasa mengajar supaya menampilkan wajah yang tenang, selalu berseri dan enak dipandang sehingga menyenangkan orang memandang.

  Muram yang durja dan muka yang masam adalah cerminan dari jiwa yang kacau tidak keruan, fikiran yang berkecamuk dan perangai yang buruk:

seorang penyair mengatakan:

Wajah mereka hitam legam penuh kemurungan
seolah wajah orang
yang dipaksa masuk ke dalam neraka..
Mereka itu tidak seperti orang ramah
yang pernah kau jumpai..
Pancaran raut wajahnya laksana bintang
yang mengiringi setiap perjalanan..


sabda Rasulullah s.a.w:
  "Meski pun sekadar menampakkan wajah ceria saat kau bertemu saudaramu"


**senyumlah selalu agar semua yang kita lakukan menjadi lebih indah dan bermakna**


Sabtu, 17 Mac 2012

Puisi..cerita hidupku..

pernah hati ini terluka,
hati kian musnah dimamah derita dunia,
hanya air mata mengiringi diri tanpa cerita,
sepi makin memuncak sebak didada...

alam tersenyum pada diri ini,
tika hati menangis sendu,
hanya kehijauan maya menjadi pengubat hati,
mungkin cukup untuk seketika cuma..

tiada kata terungkap pada bibir,
luka yang dihiris semakin pedih,
tiada yang mengetahui,
tiada yang mengerti,..
hidupku sepi tanpa kasih..
biarlah..setia menanti kasih terpatri..
ukiran senyuman pada sang bayu yang setia menemani....



tiada upaya untuk terus bersuara,
hanya nada iringan doa,
titisan air yang jernih jatuh tida rasa,
membasahi maya tanpa realiti..

Isnin, 23 Januari 2012

kenalilah dirimu melalui tarikh lahir=)


Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah..
1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..
2 : Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin
Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..
 
selamt mencuba :)

Sabtu, 1 Oktober 2011

secangkir rasa menitis tanpa diduga,
melingkar jua tiada kuasa,
titipkan kasih agar merasa secubit nilai kasih sayang,
langkah diatur meluru ke muka pintu,
keluarkan resah yang tersimpan lama..

teruskan kumpulkan kekuatan,
menjadi benteng dari tikaman pedang durjana,
bukalah mata agar suara yang datang dapat kau sedia,
cerlangkan minda sebagai wahana bangsa..

kuatkan hati tiap ujian menduga,
teruskan kehidupan meski kau tahu ajal semakin menghampiri,
tingkatkan amalan,
agar hati yang hitam dan keras menjadi putih dan lembut,.

jangan biarkan dirimu hanyut dalam kesesatan,
carilah jalan pulang,
kembalikan hatimu yang suci,
pulihkan dirimu dari kegelapan,
biar cahaya yang terang menyinari hidupmu,
kerana jalan pulang masih setia terbuka
dan terbuka luas untukmu bergelar hamba Allah s.w.t..
berpeganglah pada pemimpinmu iaitu IMAN..

Ahad, 7 Ogos 2011

FaHami DaN meMahami PsiKoLogi paSangan AnDa


memahami psikologi lelaki dan wanita, saya kira topik ini agak berat. Sebab saya bukan nya ahli psikologi apetah lagi ahli magis yang menipu masyarakat. Tapi saya terpaksa hurai sedikit kerana ada bbrpa org wnita yg bertanyakan persoalan perlukah dia menjadi bodo2 alang sebab pakwe beliau buat buat derk je dalam segala hal termasuk percintaan..
Untuk maklumat tuan puan, lelaki dan wanita dilahirkan dalam satu keadaan yang sama (cuba bayangkan) tetapi mungkin keadaan tempat kelahiran yang berbeza beza. Tapi yang pasti lelaki hensem dan wanita taklah cantik mana. Seperti sekarang saya mendapat sedikit kesukaran untuk mencari wanita cantik ibarat menarik rambut di dalam tepung. Dari segi psikologi, saya kira sebenarnya kehidupan di dunia akan lebih ceria dan meriah jika wanita memahami lelaki… lebih dari lelaki memahami wanita. Secara pukul rata, perempuan janganlah bersifat terlalu mengongkong terhadap kebebasan lelaki. Lelaki merupakan makhluk yang sangat pelik dan aneh sebab golongan ini merupakan makhluk yang jarang mempunyai sifat sensitif. Perempuan pula, ntah ape aura nye… sangat lah sensitif dan boleh dikatakan over sensitif bila tiba nya bulan penuh, bulan separuh atau bulan yang tidak matang.
Bila timbulnya konflik, pergaduhan atau tetak menetak antara lelaki dan perempuan seperti yang terjadi pada perempuan diatas, saya ingin sarankan lelaki atau de boifren awek tersebut supaya bersikap gentleman. Walau tuan tuan mungkin bersifat kurang sensitif… tapi bila baca tulisan ini, cuba berlagak gentleman yang dibuat buat. Bukan ape, ingin dimaklumkan bahawa sebenarnya perempuan memerlukan lebih perhatian dari tuan tuan. Lebih mudah, tuan jangan pedulik awek awek yang bukan milik tuan, yang tuan tuan selalu usha tapi tak dapat-dapat dan juga kurangkan berlagak kasanova seperti lochoe, tapi tumpukan kepada de girlfren tuan yang satu itu.
Tuan tuan dan puan puan. Itu-lah hakikat perhubungan. Pasangan lelaki dan wanita seharusnya saling mengasihi antara satu sama lain. Itu yang perlu tuan puan lakukan jika bercinta, bukannya dengan menyelongkar tubuh badan kekasih masing masing. Kalau dibenarkan perkara semacam itu, saya kira beribu orang sudah tergadai di tangan pendekar ini. Hahahah. Berbalik kepada wanita, sifat wanita yang  terlalu mengongkong lelaki atau overprotective(kononnya melindungi) seharusnya tidak ditalakan 100% kepada de boifren atas dasar sayang. Sebaliknya cuba galakkan beliau untuk berpeleseran dengan rakan rakan beliau di restoren mamak. Ini bagi mengurangkan beliau mencari perempuan lain di kelab dangdut. Puan puan seharusnya bijak dalam menangani permasalahan sebegini. Yang penting, fahami psikologi lawan sebelum tuan tuan atau puan puan membuat keputusan terburu buru~..

Selasa, 7 Jun 2011

LayNgkaN ImpiAnMu

Tiada siapa yg dapat menentukan masa depan dgn hanya mencipta angan2..mengapa kita harus bersedih jika suatu yg kita ingnkn buknya milik kita,sekali pun air mata menitis bercucuran penuh kesedihan yg tidak pernah sudah..hanya yg diharapkn suatu keajaiban kan berlaku..haruskan kita menanti sehingga keajaiban itu terjadi tanpa melakukan sesuatu?..
tangisan yg dirasa pd jiwa yg sering meronta mengharapkn kasih syg yg tidak pernah menyelimuti diri..
sungguh ia sgt perit,namun dgn sekuntum senyuman yg mewarnai hari2 sepi,pasti kan berubah dgn sekelip mata..
ubati kerinduan dgn kenangan lalu,biar tiada siapa yg tahu namun tetap tabah mengharungi segalanya,ku harap jua agar suatu hari nanti yg diinginkan pasti tercapai jua..apa jua yg berlaku harapn itu tidak akan merubah apa pun,semoga mampu dilawan segalanya yg menghalang impian kan jadi nyata.. 

Ahad, 15 Mei 2011

Rahsia Hidup Manusia: (".).Kawan,Teman,Sahabat.(",)

Rahsia Hidup Manusia: (".).Kawan,Teman,Sahabat.(",)

(".).Kawan,Teman,Sahabat.(",)

          secara zahirnya sahabat adalah teman yg paling rapat walau apa yg dirasa,sesungguhnya seseorang perlukan sahabat yang memahami dalam segala situasi yg dialami...setiap manusia perlukan teman..sungguh mustahil jika seseorang mengatakan dirinya tidak perlukan teman..mengapa perlu berdusta,telah tuhan ciptakan setiap manusia punya pasangan,mengapa masih ada yang tetap berdegil dengan ketentuan tuhan..(tersenyum)
bagaimana agaknya kehidupan insan yg tidak punya sahabt,tidak ada salahnya untuk berhati2 dalam memilih teman,tetapi perasaan tidak boleh dibohongi meskipun telah beberapa kali gagal dalam persahabatan..setiap manusia yang hidup dimuka bumi ini,pastinya punya peristiwa pahit manis yang telah dilalui..jangan biarkan peristiwa itu menghantui diri kita,sehinggakan tidak dapat merancang masa depan dengan teliti..
sungguh perit dan pahitnya rasa bila dikecewakan oleh insan bergelar sahabat,yang selama ini kita sayangi,percayai sepenuh hati,disanalah tempat meluahkan segala kesedihan dan kegembiraan..akan tetapi tidak semuanya orang yang kita fikirkan terbaik untuk kita,adalah yang terbaik untuk mereka..
sejarah silam sebaiknya janganlah dikenang lagi,jadikanlh ia sebagai wadah dalam mencari sahabat setia dan sejati..ada ramai lagi orang yg masih boleh dijadikan teman "berkawanlah dengan sesiapa sahaja yang kamu mahu,jika ada antara mereka yang pernah memburukkan mahupun menyakiti kita,jangan membalas dengan kata2 caci dan maki,akan tetapi..balaslah dengan kasih sayang,senyuman, agar suatu masa nanti mereka akan tahu keikhlasan dan ketulusan kita dalam PERSAHABATAN..

Isnin, 21 Mac 2011

SaBaR iTu ImaN

Sebelumnya perlu diketahui apa itu iman, dan apa itu sabar. Iman itu merupakan gabungan pembenaran (akan perkara-perkara yang harus diimani: Allah, para malaikat, para Nabi, dll) dan amal saleh. Dua hal, pembenaran dan amal saleh ini tak bisa dipisahkan. Karena amal saleh merupakan konsekuensi-logis (dampak yang pasti) adanya iman. Seseorang tak bisa dianggap beriman hanya dengan membenarkan adanya Allah, tapi faktanya ia sering berbuat maksiat. Demikian pula, sebaliknya, tak bisa disebut beriman hanya dengan melakukan perbuatan baik, tapi hatinya tak pernah membenarkan adanya Allah.

Itulah rahasianya mengapa terulang banyak kali dalam al-Qur'an "yaa ayyuhal ladziina aamanuu wa 'amiluushshaalihaat..." [Wahai orang-orang yang beriman dan beramal saleh..."]. Karena kalau seseorang mengaku beriman konsekuensinya ia harus beramal saleh.

Lalu apa itu sabar? Sabar adalah keteguhan hati/jiwa untuk menghindari nafsu (yang cenderung menyeret ke kemaksiatan).

Adapun ungkapan "sabar separuh dari iman" (yang merupakan makna penuh sebuah hadis: "al-shabru nishful iimaan"), penjelasannya begini:
Karena iman adalah gabungan dari pembenaran dan amal baik, maka ia membutuhkan dua syarat: keyakinan dan kesabaran. Yang pertama, keyakinan, maksudnya adalah pengetahuan dan keyakinan kita akan adanya Tuhan, para malaikat, para nabi, dan perkara-perkara lain yang harus diyakini (sesuai pengetahuan kita dari ayat-ayat dan sunnah Nabi). Dan kedua, kesabaran, maksudnya adalah amal perbuatan yang harus kita laksanakan dengan penuh keteguhan hati sesuai kerangka keyakinan kita. Karena keyakinan/pengetahuanlah yang bisa menunjukkan kita mana perbuatan baik (taat) dan mana yang jelek (maksiat).

Setelah kita tahu/yakin mana yang baik dan mana yang jelek, sebagai orang beriman, kita harus melakukan yang baik dan meninggalkan/menjauhi yang jelek. Singkat kata kita harus bertakwa: melaksanakan kebaikan dan meninggalkan/menjauhi kejelekan. Dan ketahuilah, takwa itu tak akan tegak tanpa adanya kesabaran.

Bukankah seseorang yang melakukan kejelekan itu karena ia dijerumuskan oleh nafsu? Orang yang menumpuk kekayaan sampai lupa saudaranya yang membutuhkan karena ia terseret oleh nafsu keserakahannya; orang yang membenci orang lain itu karena dirinya dikuasai amarah atau merasa benar sendiri dan itu tiada lain adalah nafsu; orang mencuri karena nafsu; dll. Untuk melawan semua itu tiada lain jalannya adalah dengan kesabaran/keteguhan hati. Bukankah sebenarnya semua orang sudah tahu dan sadar bahwa mencuri itu jelek; membenci orang lain itu tak baik; menumpuk kekayaan itu juga tak baik; hanya saja ia tak memiliki keteguhan hati utk melawan nafsunya hingga akhirnya ia terjerumus.

Jadi, jelaslah bahwa iman itu tak sempurna hanya dengan pembenaran. Tapi harus diikuti dengan tindakan nyata yang membutuhkan keteguhan hati.

Demikian semoga cukup jelas.

Selasa, 8 Mac 2011

Kata-Kata MutiArA Hari INi


Renungan Bersama


  






“Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan
                                                      penamat tidak pernah selesai.”



Isnin, 7 Mac 2011

SeRi Dan CeriAkAnLah HariMu~:)







SenYumLah Untuk CeriA,TiaDa Yang IndAh MelAinkAN SEnyumAn YAnG IkhlAs..^^,..






Ceria bermakna gembira. Kita harus bergembira tetapi mengikut batasan yang ditetapkan kerna ....(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri (QS57:23)


Senyumlah selalu. Senyuman membuka pintu rezeki, memperluas perkenalan, mengeratkan silaturrahim, menyubur kasih sayang, menyemai cinta lantas menceriakan hari anda. Senyum ibarat satu sihir hebat memukau setiap insan yang memandangnya. Maka senyumlah selalu. :)

Rahsia Di Sebalik Senyuman

  1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
  3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
  6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
  7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
  8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
  9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
  10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
  11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
  12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
  14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
  15. Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Ketahuilah segala macam dosa-dosa besar

Khamis, 24 Februari 2011

Manusia: SaHaBat SeJaTi


‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.


Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

Isnin, 21 Februari 2011

BaTaS PerGauLan AnTarA LelaKi Dan PerEmpuAn DaLam IsLam


Etika pergaulan dan batas pergaulan di antara lelaki dan wanita menurut Islam :
1. Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara                                                                      kemaluannya.  (An-Nuur: 31)
2. Menutup Aurat; ALLAH berfirman dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (An-Nuur: 31) Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nuur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.
3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (Al-Ahzaab: 53)
4. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)
6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/44 Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)
Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah .a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)
Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)